Misi Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dalam memperkasakan aspek pendidikan dalam kalangan pelarian Rohingya yang tinggal di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh, disifatkan berjaya.
Misi yang disertai tiga anggota HALUAN itu bermula 24 Februari lalu dan berakhir 1 Mac, memfokuskan kepada penyediaan pendidikan serta penambahbaikan kemudahan yang terdapat di pusat pendidikan Village of Hope Educare Center di ASEAN Village.
ASEAN Village merupakan satu inisiatif yang dibangunkan dengan kerjasama NGO kemanusiaan dari beberapa negara ASEAN, di mana 120 orang anak-anak Rohingya mendapat pendidikan.
Tidak seperti pendidikan konvensional masyarakat Rohingya yang lebih menumpukan kepada pendidikan agama dan al-Quran, kem ini turut sama menawarkan subjek-subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
"Pendidikan merupakan tumpuan utama kami.
"Melalui sumbangan yang diterima kami telah berjaya menambahbaik dan menyediakan pendidikan di pusat pendidikan (educare center) yang kini menempatkan kira-kira 120 anak-anak Rohingya berusia antara 7 hingga 11 tahun," kata Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharudin Suri, ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dari Dhaka, hari ini.
Turut sama dalam misi itu ialah Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman dan Pegawai Logistik, Haji Mubarak Ali Mohamad Ismail.
Antara projek penambahbaikan yang berjaya dilaksanakan kali ini ialah pemilihan silibus, buku teks, prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran, serta latihan untuk tenaga pengajar.
Bukan itu sahaja, misi HALUAN kali ini juga memberi penekanan kepada aspek kebersihan apabila menyumbang kepada pembinaan 20 buah telaga air bersih di Kem Balukhali 1 dan 2, selain turut mengagihkan kit kebersihan diri kepada pelarian yang baru tiba di kem itu.
"Kami sangat menghargai sumbangan rakyat Malaysia selama ini, di mana keseluruhan sumbangan, termasuk melalui tabung Sinar4Rohingya, jumlahnya melebihi RM100,000.
"Sumbangan ini yang membantu kami dalam menjalankan misi kemanusiaan ini, dan besar harapan kami untuk melihat sokongan ini berterusan," kata Dr.Baharudin yang memaklumkan, misi bantuan seterusnya mungkin akan dijalankan Ramadan ini.
Mereka yang ingin memberikan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi:
Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank 5622 6350 2611
Madiha Abdullah
Fri Mar 02 2018
Misi HALUAN kali ini turut memberi penekanan kepada aspek kebersihan apabila menyumbang kepada pembinaan 20 buah telaga air bersih di kem, selain mengagihkan kit kebersihan diri kepada pelarian yang baru tiba di kem itu. Foto ihsan HALUAN
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema.
Bawa masuk warga asing, 12 termasuk lima penguat kuasa ditahan SPRM
12 individu termasuk lima penguat kuasa yang bertugas di KLIA Terminal 2 ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara.
Bekas pemimpin Bangladesh, Hasina didakwa lakukan genosid
Sheikh Hasina didakwa melakukan "genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan" semasa beberapa minggu protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.