Misi jejaki Siti Aishah tiba di London
Astro Awani
November 27, 2013 17:29 MYT
November 27, 2013 17:29 MYT
Kamar Mahtum Abdul Wahab, kakak kepada warga Malaysia yang menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun di London, Siti Aishah Abdul Wahab, selamat tiba di London awal pagi tadi waktu tempatan.
Kamar Mahtum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), diiringi bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais dan wartawan The Telegraph, Dean Nelson.
Editor Majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang juga anak saudara kepada Siti Aishah turut bersama Kamar Mahtum ke London.
Hishamuddin pernah hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an dan berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan, dan Kamar Mahtum merupakan gurunya di sekolah menengah.
Ikuti rakaman perbualan telefon bersama Zan Azlee dan temubual ringkas bersama Hishamuddin sebaik tiba di London, dan juga rakaman perbualan telefon bersama Zan Azlee.