Misi Gaza: Wisma Putra pantau perkembangan kapal Zaytouna-Oliva
Astro Awani
Oktober 6, 2016 10:24 MYT
Oktober 6, 2016 10:24 MYT
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar kini sedang memantau perkembangan insiden penahanan kapal Zaytouna-Olivia berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal setelah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam tadi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi, Wisma Putra mengesahkan pihaknya sudah berhubung dengan beberapa pihak berkepentingan bagi memastikan warga Malaysia, Dr. Fauziah Hassan yang turut berada di atas kapal terbabit berada dalam keadaan selamat.
“Kapal terbabit dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa Israel malam tadi dan dibawa ke pelabuhan Ashdod.
“Ketika ini Kementerian Luar sedang berhubung dengan beberapa pihak bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga Malaysia yang terbabit dalam insiden itu,” menurut kenyataan itu.
Dr. Fauziah adalah salah seorang dari 13 krew wanita misi kemanusiaan 'Women's Boat To Gaza' (WBG)yang membawa bantuan ke Gaza.
#fauziah mohd hasan
#Gaza
#Israel
#kapal Zaytouna
#Palestin
#Zaytouna ditawan israel
#Zaytouna-Oliva