Misi Bantuan Perubatan GEC selamat, kini ke perkampungan Kartika
Syafique Shuib
Mei 7, 2015 15:20 MYT
Mei 7, 2015 15:20 MYT
Misi Bantuan Perubatan GEC yang bergerak ke Nepal dari Kuala Lumpur pada awal Isnin pagi kini sedang menuju ke perkampungan Kartika.
Menerusi satu kiriman mesej menerusi WhatsApp, wartawan Astro AWANI Mariah Ahmad yang sedang mengikuti misi bantuan itu berkata pengamal perubatan selamat merawat 180 pesakit di perkampungan Chanaute.
“Kami akan bergerak ke perkampungan Kartika yang akan mengambil masa selama dua jam dengan berjalan kaki.
“Liputan talian agak sukar kerana ia adalah kawasan pergunungan,” katanya, dimana kali terakhir beliau berhubung dengan pihak Astro AWANI adalah pada hari Selasa.
Mariah turut berpesan bahawa semua yang terlibat dalam misi itu selamat.
Misi bantuan selama 10 hari itu turut membawa bersama 500 kilogram bantuan perubatan.
Disertai 12 orang terdiri daripada doktor, paramedik dan pengamal media, misi berkenaan diketuai pendaki negara, T. Ravichandran.
Tujuan utama misi adalah untuk ke kawasan pergunungan untuk menghulurkan bantuan perubatan.