KUALA LUMPUR: Acara Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (MIRF) kali kelima yang bermula hari ini sehingga 16 Julai 2022, merupakan satu medan bagi membolehkan perniagaan tempatan berkembang semula selepas dua tahun bergelut dengan pandemik.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, keyakinan itu turut didorong oleh impak pemulihan industri runcit Malaysia yang mampan sejak akhir tahun lepas apabila mencatat kadar pertumbuhan baik sebanyak 18.3 peratus bagi jualan runcit untuk suku pertama 2022.
Malah, katanya, kadar pertumbuhan jualan runcit diunjur meningkat kepada 25.7 peratus pada suku kedua berdasarkan Laporan Industri Runcit Malaysia terkini selain didorong oleh kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak lima peratus pada awal tahun ini.
“Saya juga dimaklumkan bahawa MIRF mencatat transaksi lebih RM80 juta menerusi hasil perniagaan dengan penyertaan lebih 15,000 pengunjung pada edisi terdahulu iaitu sebelum pandemik.
“Oleh itu, saya percaya jumlah tersebut dapat meningkat kepada lebih RM90 juta serta memberi manfaat kepada lebih ramai pengunjung pada tahun ini,” katanya pada majlis perasmian MIRF 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pada Khamis.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) kementerian itu, Datuk Zamri Salleh.
Menurut Noh, kementerian itu menerusi agensinya, Pernas juga menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 18,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2025 yang selaras dengan komitmen teguh untuk membangunkan lebih ramai usahawan khususnya dalam bidang francais.
MIRF 2022 bertemakan “Mulakan Semula : Peruncitan Francais” dianjurkan oleh Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) dan diunjur menjana potensi pendapatan hampir RM90 juta bagi para pempamernya.
Seramai 15,000 pengunjung dijangka menghadiri acara itu yang mengetengahkan lebih 400 gerai pameran dari lebih 10 negara termasuk Korea Selatan, Singapura, Taiwan, India, Pakistan, Jepun, Cyprus dan Filipina.
Selain itu, majlis perasmian MIRF 2022 berkenaan turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara MRCA dan Persatuan Francais BUSAN bagi memupuk kerjasama dua negara dalam mempromosikan industri francais.
Sementara itu, Presiden MRCA, Sharan Valiram berkata melalui MIRF, persatuannya komited untuk menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan bagi membolehkan kalangan peruncit dan perniagaan francais berkembang.
Menurutnya, ini memandangkan pelbagai jenama, organisasi dan pengamal industri terbabit dapat memudahkan proses membina rangkaian selain dapat berurus niaga secara langsung di bawah satu platform.
“Kami juga maklum bahawa terdapat petunjuk positif berdasarkan angka jualan akhir tahun (industri runcit) yang dijangka mencecah RM13 bilion, berdasarkan kekuatan sedia ada walaupun dilanda pandemik.
“Sekali lagi, statistik telah membuktikan sumbangan penting industri runcit terhadap ekonomi Malaysia yang turut menjadi antara tiga penyumbang utama kepada keluaran dalam negara kasar,” katanya.
Bernama
Thu Jul 14 2022

MIRF kali kelima yang bermula hari ini sehingga 16 Julai 2022, merupakan satu medan bagi membolehkan perniagaan tempatan berkembang semula selepas dua tahun bergelut dengan pandemik, kata Tan Sri Noh Omar. - Gambar fail BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.

'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.

PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.