Minyak sawit: Malaysia, Indonesia, Colombia akan bincang bantahan terhadap Perancis

Fareez Azman
Disember 23, 2018 12:15 MYT
Teresa akan membincangkan soal bantahan terhadap keputusan Dewan Rakyat Perancis.
Malaysia akan bermesyuarat bersama Indonesia dan Colombia di Jakarta Februari tahun hadapan bagi membincang bantahan terhadap keputusan Dewan Rakyat Perancis yang tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai sebahagian sumber penghasilan biodiesel.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sumber Utama Teresa Kok di ibu negara hari ini.
Meskipun ia satu cabaran buat industri minyak sawit negara, sebaliknya jelas Teresa, harga minyak sawit kini semakin meningkat kepada RM2,000 per metrik tan.
Dalam pada itu, tambah Ahli Parlimen Seputeh tersebut, untuk memastikan industri minyak sawit negara terus kukuh, kerajaan akan melaksanakan kempen secara berterusan termasuk setiap peladang mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Negara (MSPO).
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Colombia #harga minyak sawit #Indonesia #minyak sawit #sawit #Teresa Kok
;