KUALA LUMPUR: Perancangan dan hala tuju Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk tahun 2022 bersandarkan dua fokus utama iaitu penyelarasan dasar sedia ada dan pengenalan lapan teras utama baharu di bawah Pelan Tindakan 2022 (PT22).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bagi fokus pertama, penyelarasan dasar merangkumi Kertas Putih Pertahanan, Strategi Ketenteraaan Negara, Dimensi Keempat Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF), dan Pelan Strategik Mindef 2021-2025.
Selain itu, turut diselaraskan ialah tiga lagi dokumen iaitu Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN), Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) dan Pelan Pelaburan Pertahanan Negara (3PN).
Bagi lapan Teras Utama di bawah fokus kedua pula, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, ia merangkumi Kesiapsiagaan dan Keupayaan; Kompentensi Pertahanan; Kebajikan; Kerjasama Awam-Tentera; dan Industri Pertahanan Nasional.
Turut tergaris ialah Kerjasama Pertahanan Antarabangsa; Pemerkasaan Veteran ATM; dan Kesiapsiagaan Terhadap Krisis Berskala Besar.
“Teras 8 tersebut merupakan teras baharu yang diwujudkan bertujuan meningkatkan penglibatan ATM dalam membantu usaha negara menangani krisis berskala besar seperti banjir dan ancaman penyakit.
“Teras ini akan berkuat kuasa serta merta mengambil kira musim tengkujuh yang biasa berlaku di penghujung tahun.
“Seperti kenyataan Panglima Angkatan Tentera baru-baru ini, buat masa ini semua formasi dan unit di lapangan dalam keadaan siap sedia dan akan diaktifkan bila-bila masa mengikut keadaan semasa,” katanya lagi.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri Bengkel Perancangan 100 Hari Kementerian Pertahanan (Mindef) di ibu negara, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, melalui lapan teras yang tergaris, Mindef dan ATM akan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk membina lima poliklinik baharu menjelang tahun 2024 bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan untuk anggota dan veteran ATM.
Katanya lagi, kementerian akan memperkasakan lagi inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang dilaksanakan bersama Indonesia dan Filipina sejak tahun 2017 demi memperkukuh kawalan keselamatan di Laut Sulu dan Sulawesi.
Selain itu, Hishammuddin berkata, kementerian akan menyerahkan lebih banyak unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) kepada anggota ATM yang terpilih di seluruh negara, dan memastikan kadar dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lebih memuaskan.
“Ini agenda peribadi saya untuk membela kebajikan anggota ATM terutama di era pandemik yang amat mencabar ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 10 2021
Hishammuddin berkata, kementerian akan menyerahkan lebih banyak unit RKMAT dan memastikan kadar dividen LTAT lebih memuaskan. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).