'Minah saleh' naik angin di KLCC, KKM sedang dapatkan maklumat - Khairy

Madiha Abdullah
Oktober 27, 2021 17:30 MYT
Tular video seorang 'minah saleh' memarahi petugas di butik berkenaan apabila tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka. - Twitter/@DFEfiercefun
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mendapatkan maklumat lanjut berkenaan insiden seorang wanita berbangsa asing yang tidak memakai pelitup muka, naik berang selepas tidak dibenarkan memasuki sebuah premis butik mewah di pusat beli-belah Suria KLCC, hari ini.
Hal itu disahkan menterinya, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter.
When in Rome do as the Romans do.
"Apabila berada di Malaysia, sila pakai pelitup muka. Tidak kisahlah undang-undang di tempat lain.
"KKM Putrajaya sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak KLCC," tulis beliau.

When in Rome do as the Romans do. When in Malaysia, please mask up. Regardless of the rules elsewhere. @KKMPutrajaya is getting more information from KLCC.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, tular video seorang 'minah saleh' memarahi seorang petugas di butik berkenaan selepas tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka.
Netizen memuji ketegasan petugas berkenaan namun dalam masa yang sama, mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan tanpa pelitup muka.
Pelitup muka merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dikenakan apabila berada di luar rumah, dan undang-undang itu terpakai untuk semua penduduk Malaysia.

Was in a que at @Dior KLCC!!! No entry for no mask!!! This lady resisted and said those with masks are communist!! Applying white entitlement in Malaysia!! Kudos to the @Dior KLCC and @SuriaKLCCMall staff @Khairykj @KKMPutrajaya please find and fine her!!! pic.twitter.com/hXzi9difRg

— DFE (@DFEfiercefun) October 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairy Jamaluddin #Kementerian Kesihatan #pelitup muka #SOP
;