Miliki peranti palsu, peniaga dihadap ke mahkamah
Astro Awani
September 27, 2013 22:27 MYT
September 27, 2013 22:27 MYT
Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas dua pertuduhan memilki dua peranti palsu untuk kegunaan mengekses siaran televisyen berbayar, tahun lepas.
Khor Boo Kheng, 42, dari Pekan Lama, Padang Besar, Perlis mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Boo Kheng didakwa atas tuduhan memeliki kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui iaitu satu unit decoder HJTV HD dan tujuh unit Totolink N200UA.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 10.30 pagi, 4 Oktober 2012 di alamat Pekan Lama, Padang Besar, Perlis.
Tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan (16)(1)(b kecil), Peraturan Komunikasi dan Multimedia (standard teknik) 2000 dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pada 6 april 2012 , Naib Presiden Jabatan Kawal Selia, MEASAT Broadcast Network System, Jaizan Juki telah membuat aduan ke Biro Pengaduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multemedia Malaysia (SKMM) berkaitan peranti yang tidak pernah diperakui oleh Sirim.