Microsoft Store pada Windows 10 Mobile tamat sepenuhnya
Amanz
Februari 28, 2025 13:20 MYT
Februari 28, 2025 13:20 MYT
Microsoft Store pada Windows 10 Mobile kini ditamatkan sepenuhnya, menyebabkan pengguna tidak lagi boleh memuat turun aplikasi atau mengurus akaun. -Amanz
SEKITAR lima tahun lepas, sokongan kemas kini untuk Windows 10 Mobile dan Windows 7 telah dihentikan. Namun begitu, sokongan untuk aplikasi seperti Microsoft Office, beberapa aplikasi lain masih diteruskan.
Ringkasan AI
- Sekitar lima tahun lepas, sokongan kemas kini untuk Windows 10 Mobile dan Windows 7 telah dihentikan, namun sokongan untuk aplikasi seperti Microsoft Office masih diteruskan.
- Microsoft Store pada Windows 10 Mobile kini ditamatkan sepenuhnya, menyebabkan pengguna tidak lagi boleh memuat turun aplikasi atau mengurus akaun.
- Jika anda berniat untuk membeli peranti Windows Phone terpakai, sila ambil perhatian yang ia mungkin hanya boleh digunakan sebagai kamera digital sahaja kerana gedung aplikasi tidak lagi boleh diakses.
Ini termasuk dengan Microsoft Store pada Windows 10 Mobile.
Masih banyak aplikasi boleh dimuat turun, peranti Windows Phone 8.1 masih boleh dikemas kini ke Windows 10 Mobile – sehinggalah hari ini – Microsoft Store untuk platform ini ditamatkan sepenuhnya.
Menurut sejumlah pengguna setia Windows Phone, gedung aplikasi Microsoft Store kini tidak lagi boleh dibuka.
Sebelum ini ia masih memaparkan koleksi aplikasi, mengurus aplikasi atau akaun dan banyak lagi – kini ia hanya skrin berwarna kelabu.
Ada juga pengguna melaporkan menerima mesej ralat untuk mengakses gedung aplikasi.
Jika anda berniat untuk membeli mana-mana peranti Windows Phone terpakai, sila ambil perhatian yang anda tidak lagi boleh menggunakan peranti tersebut untuk tujuan komunikasi. Ia mungkin hanya boleh menjadi kamera digital sahaja. -Amanz