Microsoft label OpenAI sebagai pesaing dalam arena AI, enjin carian

Amanz
Ogos 2, 2024 07:21 MYT
Microsoft menyatakan OpenAI adalah pesaing dalam arena penawaran perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan, dan turut menyenaraikan OpenAI sebagai pesaing dalam arena carian dan juga pengiklanan.
MICROSOFT kini mengemas kini senarai pesaing terdekat perkhidmatan mereka melalui laporan tahunan terbaharu, dan turut menyatakan OpenAI sebagai salah satu pesaing untuk syarikat tersebut.
Microsoft menyatakan OpenAI adalah pesaing dalam arena penawaran perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan, dan turut menyenaraikan OpenAI sebagai pesaing dalam arena carian dan juga pengiklanan.
Perkara ini dilihat selari pengumuman OpenAI dalam arena enjin carian melalui SearchGPT.
Selain itu, OpenAI juga menawarkan beberapa perkhidmatan kepada pesaing Microsoft seperti Apple, sekali gus membuatkan ChatGPT diintegrasikan pada MacOS.
Microsoft telah mula mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dinamakan CoPilot pada sistem operasi Windows, selain turut mengintegrasikan sokongan lebih kurang sama pada enjin carian Bing.
Perhubungan antara Microsoft dan OpenAI juga dilihat agak unik, memandangkan Microsoft turut melabur pada firma kecerdasan buatan berkenaan, selain turut menjual model kecerdasan buatan milik OpenAI kepada pihak lain – lebih kurang seperti pengedar untuk firma berkenaan. -Amanz
#Microsoft #OpenAI #ChatGPT #kecerdasan buatan