MIC berdepan pemilihan hari ini

Astro Awani
November 30, 2013 08:44 MYT
Lapan calon, termasuk dua penyandang yang bertanding bagi tiga kerusi naib presiden MIC, kini sudah sedia untuk berdepan persaingan sengit bagi mencipta kemenangan.
Sebenarnya, gelanggang pertarungan dibuka sejak 16 Nov lepas apabila anggota perwakilan memulakan kempen selama dua minggu bagi meraih sokongan.
Pertandingan ini membabitkan dua penyandang iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Seri SK Devamany serta dua bekas Ketua Pemuda MIC iaitu Datuk SA Vigneswaran dan Datuk T. Mohan.
Calon lain Ketua MIC bahagian Johor Baharu Datuk S.Balakrishnan, Bendahari Agung Datuk Jaspal Singh, bekas Naib Presiden Datuk S.Sothinathan dan Timbalan Pengerusi MIC bahagian Bukit Bintang James Selvaraja.
Saravanan, yang membina kedudukan dari bawah sejak 26 tahun lepas, berkata anggota perwakilan sudah cukup matang dan tahu siapa yang relevan dengan MIC.
#calon #James Selvaraja #M. Saravanan #MIC #Naib Presiden #S Sothinathan #Timblan Menteri
;