MH370: "Ujian hebat untuk orang yang hebat," pengguna Facebook

Arfa Yunus
Mac 28, 2014 11:38 MYT
"Ujian hebat untuk orang yang hebat, semoga tabah menghadapi ujian Nya."
Ini adalah kata-kata pembaca Astro AWANI Wan Nadhea yang berharap Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara pesawat MH370, Hazrin Mohamed Hasnan sentiasa tabah.
Kata-kata Wan Nadhea itu adalah hanya satu daripada ratusan doa dan kata-kata semangat kepada Intan Maizura.
Antaranya ialah kata-kata Mohd Izhwan Muhamad yang berkata beliau terharu dengan berita tragedi MH370 membuatkannya sangat sedih.
Kata-kata semangat seperti itu terus membanjiri laman Facebook Astro AWANI ekoran ia mendapat perhatian ramai yang sedih serta terharu mendengar kisahnya.
Turut berkongsi kesedihan dan doa adalah rakyat dari negara-negara jiran.
Alifzul Yiyiejoy dari Brunei berkata hampir setiap hari selepas sembahyang fardu mereka berdoa dan mengadakan sembahyang agar pencarian MH370 dipermudahkan meskipun tidak mengenali penumpang dan anak kapal.
Berikut adalah antara komen yang dikemukakan oleh pembaca-pembaca Astro AWANI.
Wan Nadhea: Ujian hebat untuk orang yang hebat...semoga tabah menghadapi ujian Nya...
Nurz Que: Ya Allah, hanya engkau sahaja yang tahu perasaannya sekarang ini. Kau tabahkanlah hatinya Ya Allah
Mohd Izhwan Muhamad: Hati tersentak membaca artikel ini.. tidak pernah rasa terharu begini rupa..sedih..sangat sedih..apatah lagi bagi beliau yang sedang menanggung beban tersebut..sememang Pn. Intan Maizura Othaman lebih tabah dalam mengharungi liku hidup akan datang dan membesarkan anak anak..Amin..
Norol'ain Mohd Noor: Luka yang paling dalam adalah luka yang tak dapat dilihat dengan mata dan kesedihan yang paling dalam adalah kesedihan yang tak terucap oleh kata kata..kami turut merasa kesedihan atas kehilangan MH370...ALFATIHAH. ...
Alifzul Yiyiejoy: Salam dari Brunei, semoga akak tabah menghdapi dugaan dan cubaan yg sangat berat ini..tapi akak harus ingat Allah ndakan menguji umatnya luar dari kemampuan umatnya..apabila ujian datang itu bererti Allah dekat dengan kita. Allah sayang dengan kita..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..apa yang dapat saya sampaikan semoga akak dan anak lebih tabah menghadapi ujian Allah dan Insyallah ada hikmah yang kita alum tahu..Allah Maha mengetahui segalanya..saya yakin akak antara manusia yang kuat..Al fatihah kami dari Brunei hampir setiap hari selepas sembahyang fardu mengadakan doa dan mengadakan sembahyang agar pencarian MH370 dipermudahkan..Walaupn kita saling tak kenal..apa yang pasti semua Umat Islam itu besaudara.
Nor Aziah Bahaludin: Buat Intan, semoga tabah mengharungi kehidupan akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan tanpa suami di sisi. Semoga Iman dan Muhd membesar menjadi anak yg soleh dan solehah. "Ya Allah, Kau permudahkan lah wanita ini saat dia melahirkan kelak. Kau berikanlah dia kekuatan, ketabahan dan kemudahan dalam menempuh hari-hari mendatang membesarkan anak.
Aniesa Villa: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..tabahkan hatinya Ya Allah..Berikan kekuatan untuknya membesarkan anak anak.. Sesungguhnya Engkaulah pengatur kehidupan yang Maha Hebat..seandainya masih ada pengharapan kepada mereka (penumpang MH370) maka kembalikan mereka kepangkuan keluarga dalam keadaan selamat..Amin ya Allah..sungguh terharu..
Vivin Elisa: Ya Allah... Kau tabah kan lah wanita ini, berikan lah dia kemudahan,untuk membesar kan anak-anak nya.... Amin...
Norhayani Mohd Yusop: Subhanallah...sedihnya hati ini, sedar tak sedar air mata ini mengalir...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...saya pun seorang ibu dan saya faham apa yang Intan rasakan...apa yg boleh saya katakan disini, tabahkan hatimu intan..Allah sentiasa bersamamu..moga ada hikmah disebalik...
Nora Ahmad Ucc: She looks so calm but deep inside..only Allah knows exactly how she feels..stay strong sis..may Allah bless your life #wedoprayforyou
Zahrotul Farihah Abdul Aziz: This bring tears to me...Dear little girl with BIG heart, you might not read this comment at all, but deep down inside, I know you are going to take very good care of your mummy and your little big brother Muhammad. You are strong little one. Much love from me dear.
Sejak kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu, Intan di dalam laman media sosial berkata beliau sudah menjangkakan bahawanya suaminya tidak akan pulang lagi kepangkuannya, namun, Intan tetap menaruh harapan dan berfikiran positif bahawa tidak lama lagi, suaminya pasti akan pulang.
"Saya akan move on (meneruskan kehidupan), saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana,'' kata Intan.
#anak kapal #Facebook #Hazrin Mohamed Hasnan #hilang #intan maizura othaman #keluarga #MAS #MH370 #pesawat #pramugara
;