MH370: Rakyat Malaysia beri kata-kata semangat kepada waris

Shamil Hizamie
Ogos 6, 2015 11:03 MYT
Rata-rata rakyat Malaysia berkongsi kesedihan selain turut menghulurkan rasa simpati dan kata-kata semangat buat waris dan kaum keluarga mangsa. Fail foto Bernama
Sememangnya sukar buat sesetengah waris penumpang dan anak kapal MH370 serta rakyat Malaysia untuk menerima berita pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada awal pagi tadi.
Beliau mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada minggu lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac tahun lalu.
Sebelum pengumuman lagi, hashtag #MH370 menjadi topik trending paling hangat di Twitter sejak semalam apabila lebih 90 ribu tweet memperkatakan mengenai insiden kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ini.
Rata-rata rakyat Malaysia berkongsi kesedihan selain turut menghulurkan rasa simpati dan kata-kata semangat buat waris dan kaum keluarga mangsa.

Jaga adab & bahasa. Jaga sensitiviti keluarga ahli mangsa. Sedekahkan Al-Fatihah/ucap takziah & kata yang baik-baik sahaja. #MH370

— Dr.Anwar Fazal (@DrAnwarFazal) August 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah buat keluarga pesawat #MH370. May this discovery somewhat bring closure to their never-ending misery. Al-Fatihah.

— Inche gabbana (@angelpakaigucci) August 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga mangsa. Hanya Allah lebih mengetahui. #PrayForMH370 #MH370 pic.twitter.com/lmQfvVqe6k

— Raden (@razziefghazali) August 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekurang-kurangnya persoalan kehilangan pesawat telah terjawab. Moga keluarga mangsa #MH370 bersabar. Takziah.

— Dr. Mahyuddin (@DrMahyuddin) August 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

And it's confirmed. May Allah bless their soul. Takziah buat keluarga mangsa. Al-fatihah. #MH370

— N (@ainghafar) August 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini semua bukan kerja kita untuk menidakkan apa yang terjadi. Doakan semoga semua ahli keluarga mangsa tenang terima berita ini. #MH370

— Hermy (@HermyRahim) August 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tolong jangan permainkan isu #MH370 dengan kata ini PM nak alihkan perhatian and all that. Hormat keluarga mangsa.

— The Faiz Ibrahim (@thefaizibrahim) August 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

My deepest condolences go out to the family members. The whole Malaysians are praying for you #MH370

— Farhana Arriffin (@FarhanaArriffin) August 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Deepest condolence to all the family of the passengers & crews onboard #MH370. Such a heartbreaking news, for whole Malaysia & world.

— diyy (@diyanahfd) August 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Deepest sympathy to the family members of MH370 victims. We mourn with you, as a nation. Al-fatihah. #MH370

— Syuhada Tarmizi (@syumietera) August 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan aktivis Marina Mahathir adalah antara mereka yang turut berkongsi kesedihan menerusi laman Twitter.

My heart n prayers go out to the family n loved ones a href="https://twitter.com/AP">@AP: BREAKING: Malaysia's leader says experts.. wing fragment is from missing #MH370./p>— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) August 6, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Morning! Sad but relieved to read that the flaperon did belong to #MH370. Hope this is the beginning of closure for the families. /p>— Marina Mahathir (@netraKL) August 5, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
VIDEO: Sidang akhbar pengesahan serpihan pesawat di Pulau Reunion sah milik MH370
FOTO: Debaran sekitar pengumuman Perdana Menteri flaperon milik MH370
BACA: Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370. Apa yang telah diketahui
Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan flaperon pesawat yang menyerupai sayap pesawat.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan flaperon tersebut daripada pesawat jenis Boeing 777. Selain dari MH370, tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan.
Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengiystiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan kesemua mereka yang berada di dalam pesawat dianggap terkorban.
Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.
#flaperon #Malaysia Airlines #MH370 #NOK #Pulau Reunion #SAR #waris
;