MH370: Polis tidak geledah rumah anak kapal pesawat - Hishammuddin

Astro Awani
Mac 13, 2014 10:14 MYT
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan mengatakan rumah anak kapal MH370 digeledah polis.
Hishammudin berkata pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan dakwaan yang dibuat itu.
"Apa yang saya tahu polis tidak siasat atau mengeledah rumah pilot seperti yang dilaporkan. Pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan menafikan mereka mengeledah rumah pilot tersebut," kata pada sidang media di Hotel Sama-Sama, hari ini.
Awal petang tadi, pihak PDRM mengeluarkan kenyataan menafikan laporan Harian Metro yang mengatakan tumpuan siasatan kini lebih kepada seorang penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun.
#hilang #kl-beijing #MAS #MH370 #nafi #PDRM #Siasat