MH370: Perdana Menteri adakan sidang akhbar jam 9.45 malam ini
Astro Awani
Mac 24, 2014 21:05 MYT
Mac 24, 2014 21:05 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan satu sidang media pada pukul 9.45 malam ini mengenai perkembangan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Sidang media akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur.
Petang tadi, Perdana Menteri telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di pejabatnya memaklumkan mengenai penemuan dua objek yang telah dikesan oleh pesawat Australia hari ini.
Ia dikatakan berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.