Persoalan ini mula timbul ketika beliau ditanya oleh pemberita ketika sidang media yang diadakan di KLIA semalam adakah beliau akan meletak jawatan ekoran tragedi ini.
Ahmad Jauhari membalas jawapan dengan mengatakan bahawa itu merupakan pilihan peribadi beliau dan keputusan itu hanya akan dibuat selepas tragedi malang ini selesai.
Ahmad Jauhari (tiga dari kiri) dalam salah satu sidang media MH370.
Walaupun mendapat pelbagai kritikan, nyata rakyat Malaysia amat prihatin.
Ini dapat dilihat menerusi komen yang ditinggalkan pembaca laman Facebook Astro AWANI yang rata-rata memberi sokongan serta menyatakan kerisauan mereka apabila melihat keadaan Ahmad Jauhari dalam setiap sidang media yang mereka sifatkan sebagai 'sedih' dan 'tidak terurus'.
Menurut pengguna laman Facebook, mereka sedar akan tanggungjawab yang dipikul oleh Ahmad Jauhari dan meminta pihak yang terus mengkritik supaya memikirkan perasaan CEO MAS itu yang telah banyak berdepan dengan pelbagai jenis tekanan.
Selain itu, mereka turut menyuarakan pandangan bahawa Ahmad Jauhari tidak patut meletak jawatan.
Mengapa mereka berkata demikian? Baca antara komen pengguna laman Facebook Astro AWANI di bawah.
Ra Ayumie: jangan letak jawatan..bukan salah Encik..bukan salah pilot..bukan salah pihak krew2 kapal..semuanya terjadi abila Allah mnyatakn jadilah..Kun fayakun..maka terjadilah semua ni...,marilah kita sama2 mendoakan yg trbaik..jgn jdikan isu ini politik wahai rakyat malaysia..sy merayu..jgnlah kita tambahkan luka ini dgn menuding jari ke pihak atasan...
Iena Lina: Beliau antara yg amat tenang dan konsisten sepanjang krisis yg dasyat...jgn seweangnya ade pihak yg mendesak beliau meletak jawatan...jasa dan khidmat beliau masih amat diperlukan.....kami sentiasa menyokong beliau....
Syazwani Noor: saya langsung tak setuju utk Mr. Ahmad Jauhari letak jawatan sebab bukan salah dia pun tragedi ni berlaku, jgn senang menuding jari..besar tanggungjawab dan beban yg dia tanggung..bkn senang nak hadapi dan uruskan hal yg melibatkan banyak nyawa dan keluarga..ini bkn melibatkan Malaysia sahaja..1 dunia pun ikut rapat..patutnya Mr. Jauhari ni diberi penghormatan dan terima kasih yg tak terhingga..bukan cacian, makian dan definitely bukan disuruh letak jawatan! prihatin la sket dgn tanggungjawab yg dia hadapi..my prayers goes out to all the victims families, friends and those involve in the MH370 search and rescue mission..
Mardiana Kuin: Kenapa letak jawatan?? Accident happen. Klu setiap kali berlaku accident person related kena letak jawatan. Then menteri pengangkutan ptt dh lama letak jawatan. Kemalangan kereta happen everyday.
DeyNaz Ravenziaz Sacs: Tiga insan ini berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat itu?
Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan amanah yang diberikan:
Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan) Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA) En Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)
Anda adalah kebanggaan Malaysia!
Lia ALiyah: rakyat...dan semua keluarga yg terlibat...lihat....dia sanggup nak letak jawatan sebab dia rasa bersalah...cukuplah, berhenti nak bg tekanan dengan mereka...mereka juga manusia biasa...mereka telah usaha sebaik mungkin....pasrah lah dengan apa yang telah berlaku..ni semua ketentuan dari Allah....kita terimalah dengan hati yang redah dn terbuka....
FeiLong Cloud: Since day 1 till now we can see how responsible u are and how well u handled press and hard situation..u are really a humble person and i know it's a hardest time as u lost ur 12 crews and 2 pilots..we still need u in a future in handling MAS..always support Ahmad Jauhari and MAS.. #rememberingmh370
Izzati Masri: knpe perlu letak jwtan. knpe kne letak kesalahan pd diri sdri sdgkan kes mcm ni pertama kali berlaku setelah berpuluh-puluh tahun. Letak jawatan bukan solusi terbaik. Lebih baik jika Mr.AJ teruskan hari2 seperti biasa dan berusaha utk naikkan & bersihkan imej MAS yg dah tercemar.. Saya berharap sgt takkan ada pengumuman letak jawatan pada masa akan datang. Cukuplah dengan apa yg dah terjadi. Ini dah ditentukan Allah.
Arms Fair: selama aku tgk pc kat tv muka encik ceo ni lah yg paling sedih dan kecewa sampai kakak aku tgk pun ckp kesian kat encik ni sbb bnyk dan besar tanggungjawab encik ahmad jauhari ni kene pikul.
Kaitlyn Teh: I personally think he shouldn't have resign... he has not done anything wrong... This crisis happen not his will... I m sure he's doing his best to overcome this crisis... So far he is doing a great job... Stop making also these nasty remarks... Things are hard for everyone esp the next of kin n friends of the passengers n crews... Just pray n hope that SAR operation is smooth n SAR team members are safe...