MH370: Operasi SAR kini ke Laut Andaman - AFP
Astro Awani
Mac 12, 2014 17:59 MYT
Mac 12, 2014 17:59 MYT
Carian antarabangsa bagi pesawat MH370 yang hilang sejak sabtu lepas kini diperluakan ke Laut Andaman, beratus-ratus kilometer di barat dari tempat carian asal, lapor AFP.
Agensi berita itu melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara berkenaan.
"Ya , di atas Sumatera adalah Laut Andaman," kata Azharuddin kepaad AFP apabila diminta mengesahkan sama ada kapal dan pesawat mencari MH370 sudah menuju ke Laut Andaman.
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari kelima hari ini selepas Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) hilang awal pagi Sabtu.
Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dijadualkan mendarat di Beijing jam 6.30 pagi Sabtu tetapi dilaporkan hilang dari radar jam 1.30 pagi hari yang sama.