MH370: Operasi diteruskan guna kapal sahaja ekoran halangan cuaca

Astro Awani
Mac 27, 2014 15:54 MYT
Operasi mencari dan menjejaki pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi yang kini telah memasuki hari ke-20 telah dihentikan buat sementara waktu awal tadi ekoran cuaca buruk.
Pesawat yang digunakan dalam misi ini telah diarah untuk kembali semula ke Perth dari kawasan mencari yang dipercayai lokasi pesawat MH370 berakhir.

Today's search operations have been suspended due to bad weather. All planes are returning to Perth & ships are leaving search area. #MH370

— AMSA News (@AMSA_News) March 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, kapal-kapal yang berada di kawasan tersebut dibenarkan meneruskan operasi mencari.

Update: Ships staying in search area & will attempt to continue searching but all planes returning. Bad weather expected for next 24 hours.

— AMSA News (@AMSA_News) March 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@AMSA_News This is audio of Captain Alison Norris from HMAS Success updating us on the search https://t.co/Une9KScW1r #MH370

— 702 ABC Sydney (@702sydney) March 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ramalan di kawasan itu mendapati terdapat ketulan ais, angin kuat dan jarak penglihatan hampir sifar,” pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang bertangungjawab ke atas pesawat P8 Poseidon, Leftenan Komander Adam Schantz memberitahu Reuters.
“Mereka yang berada di lokasi sedang dalam perjalanan balik ke sini dan semua misi setakat ini ditangguhkan,” kata Schantz menurut laporan tersebut.
Sebelum ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memberitahu, 11 pesawat dan lima kapal telah dikerah bagi meneruskan usaha menjejaki pesawat malang tersebut.
Operasi pencarian dibahagikan kepada dua kawasan yang meliputi 78,000 kilometer persegi, di selatan Lautan Hindi.
Misi pencarian hari ini melibatkan dua pesawat AP-3C Orion milik tentera laut Australia, jet Ilyushin IL-76 oleh pihak China, P-8 Poseidon oleh Amerika Syarikat dan pesawat P-3 Orion milik kerajaan Jepun.
HMAS Success turut dihantar bagi operasi ini di kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer Barat Daya Perth bersama-sama empat kapal dari kerajaan China - Xue Long, Kunlunshan, Haikou and Qiandaohu.
#amsa #Boeing #Boeing 777 #MAS #MH370 #Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia
;