MH370 mungkin ada hantar isyarat namun tak disedari - Pakar
Astro Awani
Mac 13, 2014 10:03 MYT
Mac 13, 2014 10:03 MYT
Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin ada menghantar isyarat kecemasan namun tidak disedari sesiapa.
Menurut Perunding Pertahanan Dan Aeroangkasa Frost & Sullivan Asia Pasifik, Ravikumar Madavaram ia hanya menghantar isyarat bip dan sekiranya tidak ada kapal yang melalui kawasan tersebut ia tidak dapat dikesan.
Tambahnya Sistem Laporan dan Komunikasi Penerbangan (ACARS) mungkin tidak sempat mengantar isyarat masalah.
Ini kerana ACARS boleh di direka khas bergantung kepada syarikat penerbangan tersebut.
Tambahnya berdasarkan kes Air France 447, kebiasaanya juruterbang akan cuba mengawal kapal terbang apabila ia menghadapi masalah.
Pada ketinggian 35, 000 kaki ia mengambil masa empat minit untuk pesawat terhempas.
Namun Siva berkata dalam kes-kes sebelum ini, juruterbang hanya tahu ia akan terhempas beberapa saat sebelum kejadian selepas gagal mengawal.