MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?

Shein Shanin
Mac 31, 2014 09:43 MYT
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semakin kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Teknologi yang ada pada satelit pula tidak berupaya untuk mengesan objek dalam air.
Ini kerana ia hanya boleh mengesan objek pada permukaan air sahaja.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astronautic Technology Sdn. Bhd.(ATSB), Datuk Ahmad Sabirin, keupayaan teknologi satelit sememangnya ada had.
Namun, teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.
Isnin lalu, tentera laut Amerika Syarikat menghantar pengesan kotak hitam untuk digunakan pasukan yang menjejak MH370 di lokasi carian.
Sistem pengesan itu bergantung kepada isyarat akustik untuk membantu mencari kotak hitam pesawat tentera atau komersil yang terhempas dan terdampar sehingga 6,000 meter di bawah aras laut.
#Boeing 777-200 #kotak hitam #MH370 #penerbangan Malaysia #satelit
;