MH370: Malaysia Airlines siasat dakwaan mogok lapar

Bernama
Mac 18, 2014 07:15 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya - Gambar Hiasan
Malaysia Airlines sedang menyiasat laporan yang mendakwa anggota keluarga penumpang rakyat China yang berada dalam Penerbangan MH370 mengugut untuk melancarkan mogok lapar di Beijing dalam usaha mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kehilangan pesawat itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya berkata beliau akan menyiasat laporan itu dan sedang berhubung dari semasa ke semasa dengan pasukan Malaysia Airlines di Beijing.
"Jika sesuatu seperti itu berlaku, Malaysia Airlines sudah tentu akan menyiasatnya dengan segera.
"Dengan segala yang kami mampu, kami memberi jaminan bahawa kami telah memberi bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli keluarga di Beijing," kata beliau dalam sidang media mengenai kehilangan Penerbangan MH370, di sini Selasa.
#Ahmad Jauhari #Beijing #Malaysia Airlines #MH370 #penerbangan Malaysia
;