MH370: Keupayaan dan limitasi pesawat Boeing 777
Astro Awani
Mac 19, 2014 12:48 MYT
Mac 19, 2014 12:48 MYT
Agenda Awani pada Selasa membincangkan aspek keupayaan dan limitasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) iaitu Boeing 777- 200 MH370 dari perspektif kejuruteraan.
Ini berikutan, beberapa laporan yang mengatakan pesawat MH370 telah terbang di bawah paras pengesanan radar iaitu di bawah 5000 kaki bagi mengelakkan ianya dikesan radar.
“Pesawat ini sememangnya efisien jika terbang pada ketinggian yang tinggi, namun jika ia terbang setinggi 5,000 kaki, itu akan memberi tekanan kepada enjin pesawat dan penggunaan bahan api akan menjadi tinggi” kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan.
Menurut Ahmad Samsuri, sukar untuk pesawat jenis komersil seperti MH370 berubah kedudukan dan ketinggian.
Ini kerana ianya boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat kerana perubahan mengambilkira tekanan udara dan suhu.
“Pesawat komersil bukan seperti jet pejuang yang sememangnya dibina agar berupaya merubah kedudukan ketinggian” katanya lagi.
Dalam temubual tersebut, Ahmad Samsuri telah menerangkan lebih terperinci mengenai pesawat sekiranya ia terbang rendah dari radar.
“Sistem penyejukan merupakan sistem terbesar sebuah ejen pesawat.J ika pesawat gagal disejukkan dengan efisien ia boleh menjejaskan prestasi pesawat.
“Sekiranya sebuah pesawat itu dijangka boleh terbang tujuh jam dalam ketinggian 35,000 kaki, jangkamasa akan menjadi semakin pendek sekiranya pesawat terbang lebih rendah” katanya.
Tambah Ahmad Samsuri lagi, selain jangkamasa penerbangan akan lebih singkat, keperluan bahan api juga akan meningkat sekiranya pesawat membuat penerbangan lebih rendah dari radar.
#Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#Mohd Khairul Amri
#Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan