MH370: Keluarga penumpang sedih, terganggu dengan imej dan berita tidak menyenangkan
Astro Awani
Mac 13, 2014 20:15 MYT
Mac 13, 2014 20:15 MYT
Ahli keluarga Kranti Shirsath, salah seorang penumpang penerbangan MH730 sedih dan terganggu dengan imej serta berita tidak menyenangkan yang dipaparkan media.
Kranti dilaporkan terbang ke Kuala Lumpur dari Mumbai sebelum menaiki pesawat Boeing-777 Malaysia Airlines itu ke utara Korea melalui Beijing.
Media seluruh dunia yang masih belum pasti dengan apa yang berlaku turut menyiarkan berita yang belum sahih serta spekulasi kemungkinan yang membawa kepada kehilangan penerbangan MH370.
Ia sememangnya mengganggu emosi ahli keluarga Kranti, terutamanya mereka berharap tiada sebarang insiden buruk menimpa wanita berusia 44 tahun itu yang merupaka seorang bekas pensyarah kimia.
Ibu kepada dua orang anak ini adalah antara lima penumpang warganegara India, dan sedang dalam perjalanan bertemu suaminya Prahlad Shirsat.