MH370: Keluarga penumpang dari China ancam mogok lapar
Astro Awani
Mac 18, 2014 17:28 MYT
Mac 18, 2014 17:28 MYT
Ahli keluarga dan waris penumpang MH370 dari China mengancam untuk melakukan tindakan mogok lapar kerana mahukan jawapan perkembangan yang sahih dari pegawai Penerbangan Malaysia (MAS).
"Kami di sini tiada khabar berita dan semua orang juga sememangnya risau dan mereka akan pergi ke Kedutaan Malaysia untuk bertemu duta bagi berbincang tentang perkara ini," kata Wan Wancheng yang anaknya di dalam pesawat itu.
"Sepatutnya Duta Malaysia seharusnya berada di sini namun beliau tiada menunjukkan mukanya," kata Wen, memberitahu wartawan selepas pertemuan harian antara pegawai MAS dan keluarga dan waris penumpang di sebuah hotel di Beijing.
"Kebanyakkan mereka tidak berpuas hati dan anda akan melihat mereka semua 'mogok lapar'," kata lelaki berusia 63 tahun dari timur Wilayah Shandong di saat pencarian pesawat tersebut masuk hari ke 11.
Dua pertiga dari 239 penumpang dan krew pesawat tersebut adalah warganegara China.
Di luar bilik perjumpaan , seorang wanita dilihat memegang sepanduk yang tertera "Sila hormati hidup dam kembalikan keluarga kami" dan memberitahu pemberita bahawa ahli keluarga dan sanak saudara penumpang akan melakukan mogok lapar.
Beliau enggan mendedahkan namanya mahupun memberitahu seramai mana orang yang akan melibatkan diri dalam tindakan tersebut.
"Memandangkan mereka tidak meberitahu perkara sebenar mengenai nasib ahli keluarga dan saudara mara kami dalam pesawat itu, kami juga akan protes," kata wanita tersebut.
"Kebanyakan ahli keluarga dan sauara mara penumpang di sini kini menghadapi tekanan mental," katanya lagi.
Wen juga memberitahu ada saudara mara yang telah pun berhenti dari pergi ke pertemuan tersebut membayangkan bahawa mereka sudah terlalu lama menunggu informasi yang diberikan itu.
"Namun, ianya bukanlah bermakna kami mengalah. Ini adalah proses normal di mana mereka kembali ke rumah seperi saya juga, saya telah berada di sini terlalu lama,".
Beijing sebelum ini agak lantang mengkritik Malaysia kerana kegagalan mereka dalam berkongsi maklumat mengenai perkembangan insiden tersebut dan ianya mencetuskan kemarahan terutama warga media sosial terhadap bagaimana Kuala Lumpur menangani insiden tersebut.