MH370: Kawasan operasi diperluas meliputi 2.24 juta batu nautika persegi

Astro Awani
Mac 18, 2014 21:08 MYT
Malaysia kekal mengetuai misi mencari dan menyelamat, pesawat MH370 yang hilang, di sebalik, kawasan operasi diperluaskan meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.
Pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hampir kesemua negara yang terbabit dalam lingkungan pencarian di koridor utara dan selatan memberikan kerjasama.
Negara terbabit jelasnya, turut mengambil inisiatif untuk meningkatkan usaha dan menambah aset di wilayah pencarian masing-masing.
#Beijing #Hishammuddin #Kuala Lumpur #Malaysia Airlines #MH370 #penerbangan Malaysia
;