MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat

Syafique Shuib
Mac 20, 2014 22:48 MYT
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu
Menurut laporan Reuters, kapal berkenaan menghala ke Madagascar dari Melbourne namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencara objek yang dijumpai melalui satelit empat hari lepas.
“Kami menerima permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk menyiasat kawasan berkenaan. Kami akan membantu selagi diperlukan,”
"Kapal kami sahaja yang sudah sampai. Kapal Australia dijangka tiba dalam masa 12 hingga 18 jam," kata Kristian Olsen, jurucakap Hoegh Autoliners.
Tambah beliau, oleh kerana ia sudah malam, krew kapal agak terhad untuk melakukan sebarang carian.
"Kami akan teruskan misi pencarian esok pagi," tambahnya pada sidang media khas.

Norwegian Officials: "Vessel reaches the area where debris were spotted by satellite but so far nothing could be identified"

— Florian Witulski (@vaitor) March 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Norwegian ship will report directly to Australian Authorities as soon as the search continues in daylight

— Florian Witulski (@vaitor) March 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
##MH370 ##PrayForMH370 #Boeing #Hoegh Autoliners #Malaysia Airlines #MAS #Norway
;