MH370: JACC bakal selaras operasi mencari antarabangsa

Astro Awani
Mac 31, 2014 12:05 MYT
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) pada sidang media MH370 yang masih hilang.
Agensi Pusat Koordinasi Bersama (JACC) akan ditubuhkan untuk menyelaras operasi di antara semua pasukan pencarian antarabangsa dan agensi kerajaan Australia.
Perkara ini diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Beliau berkata JACC akan diketuai oleh Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston iaitu yang merupakan bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah menerangkan mengenai penubuhan JACC yang berpusat di Pangkalan Tentera Udara Pearce di Perth.
Hishammuddin turut memaklumkan sembilan pesawat tentera dan satu pesawat awam akan diterbangkan ke kawasan carian. Ia terdiri daripada:
• (2) Malaysia C-130
• (1) Cina Ilyushin IL-76
• (1) Jepun Coast Guard G5
• (1) Australia P3 Orion
• (1) New Zealand P3 Orion
• (1) pesawat awam New Zealand
• (1) Amerika Syarikat P8 Poseido
• (1) Jepun P3 Orion
• (1) Korea P3 Orion
Sementara itu, 11 kapal laut milik China dan tiga milik Australia dikerahkan ke kawasan carian.
China Australia
Kapal KD Lekiu milik Malaysia dijangka akan tiba di kawasan carian pada 3 April.
“Seperti maklumat yang kita terima dari pihak berkuasa Australia, kawasan pencarian hari ini sudah seluas 254, 000 kilometer persegi” kata Hishammudin lagi.
#Malaysia Airlines #MH370 #Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein