MH370: Bekas kapten ulas sistem ping, mahu Rolls Royce beri kepastian
Syafique Shuib
Mac 15, 2014 08:00 MYT
Mac 15, 2014 08:00 MYT
Bekas ketua juruterbang penerbangan serantau MAS Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain menggesa pihak Rolls Royce untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa "ping" terakhir pesawat MH370 adalah pada 1.07 pagi, 8 Mac.
Ia sebagai cara untuk menghentikan segala spekulasi dan maklumat yang tidak mendapat pengesahan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa.
"Hantarkan satu surat yang mengatakan bahawa last ping adalah pada 01:07 pagi. Habis cerita," kata beliau.
Beliau merujuk kepada beberapa laporan antarabangsa termasuk laporan WSJ yang berkata bahawa penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan berkenaan tidak benar.
Kapten Nik juga tidak pasti jika sistem "ping" berkenaan mempunyai teknologi untuk mengetahui plot, lokasi, hala tuju, ketinggian, dan kelajuan sebuah pesawat:
Kapten Nik juga mengulas tentang kemungkinan jika pesawat MH370 terbang di luar radar.
Kata beliau, ia boleh berlaku jika pesawat itu menghala ke Kota Kinabalu atau kota Ho Chi Minh. Namun terdapat satu radar di Filipina.
"Jika betul pesawat itu menghala ke sana, radar di Igari Waypoint akan menangkapnya. Ada trend untuk pesawat itu ke sana tetapi tiada operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata beliau.