MH370: AMSA gagal mencari objek berukuran 24 meter

Syafique Shuib
Mac 20, 2014 11:56 MYT
Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi yang dipercayai boleh membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu
Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, ia berkata bahawa pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu.
Namun pesawat lain akan diterbangkan untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370:

RAAF P3 crew unable to locate debris. Cloud & rain limited visbility. Further aircraft to continue search for #MH370

— AMSA News (@AMSA_News) March 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
#amsa #Malaysia Airlines #MH370 #Orion #Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia #RAAF