MH17: Ukraine akhiri operasi mencari saki-baki mayat di tapak nahas

Astro Awani
Mei 22, 2015 23:44 MYT
Operasi mencari mayat, barangan peribadi dan bangkai pesawat telah dihentikan sejak awal bulan May. - Foto fail AFP
Pihak berkuasa Ukraine pada Jumaat secara rasmi mengumumkan bahawa operasi mencari saki-baki mayat di lokasi kemalangan pesawat MH17 berakhir.
Ketua Suruhanjaya Kerajaan, Gennady Zubko yang menyiasat kemalangan itu berkata, kesemua mayat yang ditemui telah dihantar ke Belanda, lapor agensi berita Gazeta.ru.
“297 mayat dijumpai dan hanya 295 daripada mereka telah dikenal pasti dan telah dihantar pulang ke Belanda.
“Operasi mencari mayat, barangan peribadi dan bangkai pesawat telah dihentikan sejak awal bulan May,” kata Gennady.
Pada 17 Julai 2014, penerbangan milik Malaysia Airlines (MAS) itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Seramai 298 penumpang pesawat itu, termasuk 44 rakyat Malaysia, maut dalam kejadian tersebut.
#Malaysia Airlines #MAS #mayat #MH17 #Ukraine
;