MH17: Terdapat cebisan mayat yang tidak diambil, kata OSCE
Astro Awani
Julai 23, 2014 11:37 MYT
Julai 23, 2014 11:37 MYT
Ketua pasukan pakar antarabangsa Jan Tuinder yakin bahawa hanya ada 200 mayat di Kharkiv, Ukraine dan turut yakin bahawa lebih banyak jasad akan ditemui sebaik sahaja beg yang mengandungi cebisan anggota diperiksa sepenuhnya.
Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata terdapat cebisan mayat yang tidak diambil.
Namun begitu, menurut pemantau antarabangsa, sesetengah cebisan mayat tidak dapat dibawa kerana sudah mula reput dan ditinggalkan di tempat kejadian di timur Ukraine.
Daripada 298 yang terbunuh selepas MH17 terhempas pada 17 Julai lalu, 193 ialah warga Belanda.
Kesemua mauat tersebut akan diterbangkan ke Belanda yang sebelum ini mengutuk cara mayat penumpang MH17 itu diuruskan di Ukraine.
Malaysia pula menyifatkan tindakan menghalang pasukan penyiasat masuk ke kawasan nahas sebelum ini sebagai tidak berperikemanusiaan.