Sepupu penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan adalah antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis malam.
Beliau berkata sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal yang bertugas dalam pesawat itu.
Ditemui pemberita selepas majlis taklimat untuk waris mangsa di sebuah hotel di sini Jumaat, beliau berkata beliau terkejut ketika menerima berita mengenai nahas pesawat Boeing 777 itu melalui aplikasi Whatsapps daripada isterinya Arianie Mohd Abidin.
"Isteri saya ialah bekas kru kabin dan sesetengah rakannya menghantar SMS dan Whatsapp kepadanya (mengenai nahas).
"Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita. Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa," katanya.
Hattan berkata turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.
Mereka sepatutnya ke Melbourne, Australia selepas transit di Kuala Lumpur.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.
Bernama
Fri Jul 18 2014
![MH17: Sepupu Hattan antara mangsa nahas pesawat MH17: Sepupu Hattan antara mangsa nahas pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81405697257_295x200.jpg)
Sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal pesawat MH17. -Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709784064_TBMHjpg.jpg)
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
![Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705191169_TBAirCanada.jpg)
Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.
![Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658659732_TunM.jpg)
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
![MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/81455435054_950x600.jpg)
MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
ATSB sedang menyemak dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mengatakan mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
![Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626573630_Ukrainiansmarkann.jpg)
Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh
Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.
![MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51589519775_UkraineCrisis.jpg)
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
![Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama? Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/61520491382_MalaysiaAirlines.jpg)
Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609513765_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41440565586_ALLNIPPONAIRLINES.jpg)
UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara
Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.
![Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613979353_boeing.jpg)
Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin
Penggantungan tersebut membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.