MH17: Mengenang keluarga Tambii Jee
Nate Fleming
Julai 20, 2014 17:05 MYT
Julai 20, 2014 17:05 MYT
Seorang guru yang mengajar tiga orang anak Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee berkata mereka sangat menyenangkan dan baik hati.
Di dalam blognya, Nate Fleming berkata dia paling mengenali arwah Mohd Afruz, 13.
“Afruz memasuki kelas gred empat daya di pertengahan tahun apabila Shell membawa ayahnya ke Kazakhstan. Dia (Afruz) memasuki kelas itu dengan beberapa lagi pelajar Malaysia sebaya dengannya, kerana mereka dibawa masuk pada waktu yang sama. Bila saya memikirkan tentang Afruz, saya teringatkan senyumannya.
“Dia adalah seorang pelajar berusia 9 tahun yang hadir ke sekolah di dalam satu negara asing di satu negara yang penuh dengan pelajar dari seluruh dunia, di mana semua orang bertutur di dalam Bahasa Inggeris (Dia tidak fasih berbahasa Inggeris), dan dengan mudah boleh mengalami sindrom ‘withdrawal’ atau merajuk, dan perlu menyesuaikan diri dengan dunia baru yang aneh. Tetapi dia selalu tersenyum,” katanya.
Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee bersama keempat-empat anaknya terlibat dalam tragedi MH17 pada Khamis.
Baca berita penuh di sini.