Malaysia kecewa dengan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai deraf resolusi bagi penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa sementara untuk membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata deraf resolusi itu bertujuan memastikan keluarga dan orang tersayang mangsa kejadian itu mendapat keadilan, manakala pihak yang bertanggungjawab melakukannya menerima hukuman.
"Ia menghantar mesej berbahaya iaitu wujudnya kekebalan bagi mereka yang melakukan jenayah kejam dan membahayakan keselamatan penerbangan awam di ruang udara zon dilanda konflik pada masa akan datang," katanya.
UNSC tidak dapat menerima pakai deraf resolusi itu kerana ditentang Rusia melalui kuasa vetonya walaupun ia mendapat undi sokongan daripada Chad, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika.
China, Venezuela dan Angola tidak mengundi.
Menurut kenyataan itu, disebalik kegagalan berkenaan, Malaysia tetap bertekad memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dihukum dan semua anak kapal dan penumpang Penerbangan MH17 mendapat keadilan.
"Kami akan menimbang dan mencari opsyen serta mekanisme pendakwaan lain yang sesuai untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan pihak terbabit dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka," katanya.
Malaysia membentangkan deraf resolusi itu di UNSC pada 29 Julai (Rabu) dan inisiatif berkenaan dilakukan bagi pihak lima negara yang menyertai Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mengenai Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh iaitu Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.
Ia dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Resolusi itu dibentang berdasarkan Resolusi UNSC 2166 bertarikh 21 Julai 2014, yang menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu didakwa dan semua negara memberi kerjasama penuh terhadap usaha mewujudkan kebertanggungjawaban.
Malaysia dan negara yang menyertai JIT percaya penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa oleh Majlis Keselamatan akan memberi isyarat tegas bahawa masyarakat antarabangsa komited mengenakan tindakan terhadap mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa melalui perbuatan yang membahayakan penerbangan awam.
Astro Awani
Thu Jul 30 2015
Malaysia tetap bertekad memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dihukum dan semua anak kapal dan penumpang Penerbangan MH17 mendapat keadilan. - Gambar Fail
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.