MetMalaysia nafi khabar angin Tsunami akan melanda Sabah, Terengganu, Pahang dalam masa 36 jam

Mariah Ahmad
Jun 8, 2015 08:04 MYT
MetMalaysia nafi khabar angin Tsunami akan melanda Sabah, Terengganu, Pahang dalam masa 36 jam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan ribut kuat akan melanda beberapa tempat di Malaysia dalam masa 36 jam.
"Khabar angin mengenai kejadian tsunami dan ribut kuat yang akan melanda Sabah, Terengganu, dan Pahang seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan dari MetMalaysia," tegas MetMalaysia dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

KENYATAAN AKHBAR ( Dikeluarkan Pada 07 Jun 2015 ) : Penafian Mengenai Mesej Kejadian Tsunami Dan Ribut Kuat Yang... http://t.co/eLQoovFq1a

— Jabatan Meteorologi (@malaysianmet) June 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1 300 22 1MET(1638).
#jabatan meteorolgi malaysia. #MetMalaysia
;