MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika
Bernama
Februari 21, 2021 23:57 MYT
Februari 21, 2021 23:57 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan yang ribut itu kini berada kira-kira 379km ke Timur Laut Davao, Filipina.
"Kelajuan maksimum angin adalah 69 kilometer sejam," menurut kenyataan itu dan menambah, ribut itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
-- BERNAMA
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#nasihat
#Ribut Tropika
#Timur Laut Sandakan
#Sabah
#Davao
#Filipina
#Laut China Selatan