MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri

Bernama
November 29, 2024 14:40 MYT
Anggota bomba menyelamatkan penduduk Kampung Lati di Pasir Mas, yang terperangkap akibat banjir, hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang melibatkan lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan, khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Terengganu.
Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) pula diramalkan mengalami hujan lebat berterusan pada tahap buruk dalam tempoh yang sama.
Hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).
-- BERNAMA
#monsun timur laut #banjir2024 #Bah Kuning #amaran hujan lebat
;