MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk, waspada di tiga negeri

Astro Awani
November 17, 2020 12:10 MYT
Seorang lelaki merakam gambar pemandangan bandar Kuantan ketika berteduh di bawah jambatan Tanjong Lumpur semasa hujan lebat lewat petang hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Amaran Cuaca Buruk (jingga) dikeluarkan terhadap kawasan-kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan.
Manakala, amaran sama turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Bagi Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning pula, daerah yang terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
BACA: Banjir kilat di sekitar pusat bandar KL
Selain itu, turut diletakkan dalam Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning ialah Kemaman, Terengganu dan Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin di Pahang.
"Keadaan hujan lebat di negeri pantai timur dijangka semakin berterusan," kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua amaran peringkat jingga dan kuning tersebut berkuat kuasa dari 17 November sehingga 18 November (Rabu).
#Jabatan Meteorologi Malaysia #MetMalaysia #amaran cuaca buruk #waspada #peringkat jingga #Kuning #Kelantan #terengganu #Pahang #hujan lebat