MetMalaysia keluar nasihat Ribut Tropika Nakri

Bernama
November 9, 2019 13:39 MYT
Keadaan Laut Cina Selatan bergelora di persisir pantai Kampung Sungai Miri, di bahagian pantai barat pulau Labuan, pada Ogos lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 725 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.
"Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 751 km ke timur laut dari Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam.
"Kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 170 km sejam," menurut kenyataan itu.
BACA: Taufan Matmo dan Nakri tidak akan melanda Malaysia - MET Malaysia
BACA: Angin kencang, ribut petir dijangka di Pulau Pinang sehingga Ahad
-- BERNAMA
#angin kencang #Jabatan Meteorologi Malaysia #kawasan perairan Sabah #Kudat #laut bergelora #Laut China Selatan #MetMalaysia #Nakri #Ribut Tropika #Sabah #Vietnam