MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Megi yang bakal melanda

Bernama
April 10, 2022 06:27 MYT
Ribut dengan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j tersebut berada kira-kira 985 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Megi yang boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi tadi, Ribut Tropika itu dikesan di kedudukan Latitud 10.7 Utara dan Longitud 125.6 Timur, kira-kira 101 kilometer (km) ke Timur Laut Surigao City, Filipina.
Ribut dengan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j tersebut berada kira-kira 985 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #ribut Megi #perairan Sabah #angin kencang