MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Krovanh

Bernama
Disember 20, 2020 14:38 MYT
Ribut tropika Krovanh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Krovanh yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah.
Dalam kenyataannya malam ini, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 513 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
"Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 595 km ke tenggara Da Lat, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j).
"Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j," katanya.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #Ribut Tropika #krovanh #angin kencang #laut bergelora