MetMalaysia keluar amaran ribut petir di tujuh negeri

Bernama
November 8, 2022 07:06 MYT
Negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga 4 petang ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri terlibat ialah Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Turut terlibat Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Bera (Pahang), Perak, serta Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

AMARAN RIBUT PETIR. #ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/J24fRJkwQM

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Sarawak pula kawasan terbabit adalah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Miri selain Subis, Beluru dan Marudi.
Sementara itu, di Sabah melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan di bahagian Pedalaman selain Pantai Barat, Tawau serta di Kudat (Kota Marudu).
-- BERNAMA
#MetMalaysia #ribut petir #tujuh negeri #cuaca buruk