MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah

Bernama
Disember 28, 2022 07:01 MYT
Hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Disember ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Hujan berterusan juga dijangka di beberapa kawasan di Sabah, yakni Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sepanjang hari ini.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #Sabah #Sarawak #amaran hujan