MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di Bentong

Astro Awani
Jun 5, 2023 11:17 MYT
Amaran cuaca panas tahap satu berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. - Gambar/ MetMalaysia
SHAH ALAM : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di Bentong, Pahang.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin memaklumkan, amaran cuaca panas tahap satu berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Status cuaca panas tersebut dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.
"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya.
#MetMalaysia #cuaca panas #amaran #Bentong