MetMalaysia: Hujan lebat di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin

Bernama
Januari 16, 2021 16:18 MYT
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin.
MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
Di Sabah pula kawasan terlibat termasuklah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat, Kudat, Telupid, Beluran dan Sandakan.
Amaran yang sama juga dikeluarkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #Sandakan #Kuching #Bintulu #Keningau #Sibu #Sabah #Sarawak #cuaca
;