MetMalaysia adakan latih amal bencana tsunami di Mersing

Bernama
September 4, 2023 04:45 MYT
Menurut MetMalaysia pengaktifan siren akan diadakan di Menara Tanjung, bermula 8 hingga 9.30 pagi.
MERSING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan satu latih amal bencana tsunami di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Menurut MetMalaysia pengaktifan siren akan diadakan di Menara Tanjung, di sini bermula 8 hingga 9.30 pagi.
"Justeru, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu latih amal sahaja.
"Bagaimanapun, kita akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan," menurut jabatan itu dalam laman Facebook rasminya pada Isnin.
Latih amal itu antara langkah kerajaan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi pengurusan bencana dan masyarakat dalam menghadapi bencana tsunami.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #latih amal #bencana tsunami #Mersing
;