Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Amanz
Januari 26, 2025 13:15 MYT
Januari 26, 2025 13:15 MYT
MARK Zuckerberg memaklumkan syarikat Meta akan membangunkan jurutera berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang akan menulis kod sendiri.
Ringkasan AI
- Meta akan membangunkan jurutera berasaskan AI yang mampu menulis kod sendiri untuk mempercepatkan pembangunan fungsi dan produk baharu.
- Meta merancang untuk melabur sehingga $65 bilion dalam kecerdasan buatan dan pusat data pada tahun ini.
- Meta telah mengumumkan akan mengurangkan sekitar 5% tenaga kerja yang kurang berprestasi pada tahun ini.
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Perkongsian ini hadir selari dengan pengumuman Meta akan melabur sehingga $65 bilion memfokuskan kepada kecerdasan buatan dan pusat data.
Meta pada hari ini sedia menawarkan model kecerdasan buatan Llama mereka dalam bentuk sumber terbuka.
Pada masa sama, Meta dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka dinamakan Meta AI secara meluas kepada lebih ramai pengguna.
Dengan peralihan kepada penggunaan jurutera berasaskan kecerdasan buatan ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan memberikan impak kepada bilangan pekerja.
Sebelum ini, Meta telah mengumumkan akan mengurangkan sekitar 5% tenaga kerja yang kurang berprestasi pada tahun ini. -Amanz