Mesyuarat MKI buka lembaran baharu mendaulatkan Islam di Malaysia - Sultan Selangor

Astro Awani
Mac 6, 2023 13:30 MYT
Sultan Selangor bertitah, usaha ini penting agar MKI mampu mengimbangi antara kuasa, hak dan peranan Raja-Raha Melayu dalam hal ehwal Ismal di peringkat Persekutuan serta menjaga hubungan baik dengan Negeri-negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-69 membuka satu lembaran baharu dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia.
Titiah Sultan Sharafuddin, Majlis Raja-Raja telah menzahirkan persetujuan untuk memperkasakan semula peranan MKI sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab menasihatkan Raja-Raja Melayu dalam menambahbaik tadbir urus agama Islam di peringkat Persekutuan.
Baginda turut bertitah, usaha ini penting agar MKI mampu mengimbangi antara kuasa, hak dan peranan Raja-Raja Melayu dalam hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta menjaga hubungan baik dengan Negeri-negeri.
Berikut titah Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI:
#titah diraja #Sultan Sharafuddin Idris Shah #Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam