Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021
Umavathi Ramayah
Julai 29, 2021 15:41 MYT
Julai 29, 2021 15:41 MYT
KUALA LUMPUR: Tiga hari selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan behubung pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita kerana ia diumumkan sebelum mendapat perkenan Baginda.
Susulan itu, selain sesi penerangan Menteri, kenyataan Takiyuddin menjadi antara perdebatan hebat dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat:
26 Julai - Takiyuddin memaklumkan kerajaan sudah menarik balik semua enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.
Pengumuman mengenai pembatalan Ordinan Darurat menimbulkan bantahan daripada pihak pembangkang, yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan bila Ordinan berkenaan dibatalkan dan apa mekanisme yang diambil untuk pembatalan itu berkuatkuasa.
Perdana Menteri perlu menjelaskan kenapa Ordinan Darurat dibatalkan.
Ordinan Darurat | Tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) menyifatkan tindakan kerajaan dalam pembatalan Ordinan Darurat tidak mengikut prosedur yang sepatutnya ibarat tindakan 'pasar malam'.
Parlimen | Batal Ordinan Darurat ibarat âpasar malamâ
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat kerajaan menarik balik Ordinan Darurat secara 'senyap-senyap' kerana khuatir berdepan kekalahan ketika pengundian di Dewan Rakyat.
Pengisytiharan #Darurat sia-sia.. - Mat Sabu
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP - Bagan) turut mempersoalkan sama ada semua denda dan hukuman yang dikenakan termasuk berkaitan pelanggaran peraturan pencegahan COVID-19 turut terbatal berikutan pemansuhan Ordinan Darurat.
Batal Ordinan Darurat: Apa jadi kepada individu yang didakwa?
27 Julai - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui beliau sendiri tertanya-tanya mengenai pengumuman kerajaan berhubung Ordinan Darurat yang didakwa telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.
Sehubungan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Takiyuddin akan menerangkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat serta isu-isu berkatain pada Isnin depan.
Ordinan Darurat | Speaker bertegas penjelasan pada Isnin
Walaubagaimanapun, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) pula menganggap tindakan untuk membincangkan Ordinan Darurat pada Isnin hanya 'membuang masa'.
28 Julai - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) mengenai Proklamasi Darurat dan pembatalan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang 'mengelirukan' Dewan.
Batal Ordinan Darurat: Ahli Parlimen Puchong minta penjelasan
YB Puchong, YB Sepang kemuka usul bawa Takiyuddin ke Jawatankuasa Khas
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut membidas mengenai warta bagi membuktikan Ordinan Darurat dimansuhkan pada 21 Julai seperti didakwa Takiyuddin.
29 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan tanpa mendapat perkenan Baginda.
Sehubungan dengan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Anwar Ibrahim memberitahu kenyataan Takiyuddin bukan sahaja menimbulkan krisis Perlembagaan, malah ia menghina institusi diraja, serta mengelirukan Dewan dan rakyat.
#COVID-19
#Anwar Ibrahim
#Gobind Singh Deo
#ismail sabri yaakob
#Azalina Othman
#Takiyuddin Hassan
#Lim Guan Eng
#Azalina Othman Said
#Ordinan Darurat
#pembatalan
#Dewan Rakyat